tag:blogger.com,1999:blog-72646201417130207152024-02-07T15:50:41.082+08:002 Lakaran 1 Hati(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر)
“ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.comBlogger77125tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-29683526603158532862011-09-02T17:36:00.002+08:002011-09-02T17:37:49.266+08:00Lelaki Acuan Al-Quran Lelaki IdamanLelaki Acuan Al Quran Lelaki idaman..
Adalah seorang lelaki yang beriman , yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah, yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, yang sentiasa haus dengan ilmu, yang sentiasa dahaga akan pahala, yang solatnya adalah maruah dirinya, yang tidak pernah takut untuk berkata benar, yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah..
Lelaki Acuan Al Quran..
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang jembalang..
Lelaki Acuan Al Quran..
Adalah lelaki yang menghormati ibunya, yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..
Lelaki Acuan Al Quran..
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam, yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah, yang boleh diajak berbincang dan berbicara, yang menjaga matanya daripada berbelanja, yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..
Lelaki Acuan Al Quran..
Tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..
Lelaki Acuan Al Quran..
Sentiasa mengingati mati, yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..
Lelaki Acuan Al Quran..
Adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga, Di situlah rumah idamannya..
Wahai Syabab harapan Islam ! ayuh berusaha menjadi lelaki acuan Al Quran. moga Allah redha
sumber : ilmi-islam.comfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-4641996316104310572011-07-22T23:25:00.000+08:002011-07-22T23:28:06.401+08:00LUCU YA !!!Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.
Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v. dan wayang di pawagam.
Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau sholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan / pakwe / makwe.
Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halamanpun habis dilahap.
Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet, tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir dua-tiga-kali.
JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT.
"Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)" (Surah Al-Ahzab - ayat 41)
"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mumin bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan)." (Surah Al-Ahzab - ayat 47 - 48 )
Renung-renungkan dan selamat beramal !fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-25344869447460818552011-04-01T11:15:00.001+08:002011-04-01T11:16:44.307+08:0050 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
sumber : iluvislam.comfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-1877771596946530722011-02-06T16:41:00.000+08:002011-02-06T16:42:36.752+08:00Syukur dan SabarDalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.
Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.
Para ulama' dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah masih menerima amalan dan masih melihat mereka.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Sifat Syukur
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.
Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.
Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai iktibar kepada hambanya.
Firaun Dan Pengikutnya
Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah SWT dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan mesir ketika itu.
Tetapi malangnya, firaun menjadi sombong dan lupa diri.
Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.
Sehinggakan Allah SWT mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.
Allah SWT juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh firaun itu dengan menenggelamkan dia di laut merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s.
Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan firaun.
Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan firaun laknatullah.
Kisah Raja Namrud
Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka.
Namun dengan sifat kasih sayang Allah SWT, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.
Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
- Artikel iluvislam.comfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-89190048548785932752011-01-20T18:02:00.001+08:002011-01-20T18:02:48.369+08:00Usah Dikau Berpaling!Sekiranya hatimu merasakan kesedihan yang teramat sangat..
Janganlah berpaling..!
ALLAH sentiasa bersedia mendengar rintihan hambaNya..
ALLAH tidak pernah zalim..
Tapi manusialah yang sering menzalimi diri sendiri dan sesama mereka..
Apakah kamu tegar melempiaskan kesedihanmu, amarahmu,
Dengan memijak ranap runtuh binaan iman kamu..
Mencampakkan semua ilmumu..
Lantas menuruti kehendak nafsumu yang ditunggangi syaitan!
Sehingga kamu seolah-olah tidak pernah tahu..
mana HALAL mana HARAM?!
Lupakah kamu kepada JANJI ALLAH..
Lupakah kamu dunia ini sementara cuma..
Dan kita pasti dihisab semuanya..
SEMUANYA! tanpa sedikitpun tersisakan..
Bawalah hatimu kepada Tuhan yang menciptakanmu..
Dia jauh lebih tahu daripada kamu..
Menangislah mengadu padaNya..
Merintihlah hanya padaNya, Rabb seluruh alam..
Pasti dan pasti hatimu akan menjadi tenang..
YAKINIlah wahai hamba Allah...
Kerana hanya kepadaNya, kamu akan kembali
sumber:murabbi.netfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-89399794986030542602010-12-29T22:52:00.000+08:002010-12-29T22:59:37.269+08:00Kehebatan SYURGA menurut Al-QuranAllah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
- Artikel iluvislam.comfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-37170760578546265452010-12-10T14:35:00.002+08:002010-12-10T16:08:19.469+08:00Tiap minggu buat apa yer....Sekarang nie musim berimtihan, tiap minggu ada sahaja paper yang perlu ditempuhi,minggu depan ada lagi 3 paper bagi aku,kesuntukkan masa disaat akhir beginilah selalunya..semalam dah selesai 1 paper bagi madah yang aku risau, bukan risau sebab apa, doc nyer agak menggerunkan jugak,itu bagi pendapat aku yang sentiasa berdebar-debar bila masuk kuliahnya..hari ahad nie ada lagi 1 paper bagi madah yang sama,kenelah aku bekerja keras lagi..masa begitu pantas berlalu,siang pendek malam panjang,begitulah dugaan yang harus ku tempuhi..
Habis sahaja kelas pagi, aku berehat sementara menuggu kelas petang.tiap hari khamis, aku akan pergi kelas petang, dalam pengajian tu, akulah seorang pelajar malizi yang lain semua makcik arab yang duduk berdekatan dan adalah jugak 2 remaja yang mengikuti pengajian tue,aku rasa seronok bila bersama mereka,menegur kesilapan aku, walaupun bahasa arab nie masih belum mantap lagi, fahamlah apa yang makcik arab nie kata, dan hari rabu pulak pergi rumah ummu hanadi belajar dengan die sorang2 jugak tue, nasiblah rumah ummu hanidi nie berdepan dengan rumah sewa aku jugak..walaupun ummu nie garang tapi kerana belajar aku kuatkan jugak,walaupun ada rasa gerun jugak..biasalah bila kita nak mencari ilmu kenalah redah dugaan macammana sekalipun..rutin harian tiap-tiap minggu selama 3 bulan nie...
sebenarnya aku suka bergaul dengan makcik lebih tua umur dari aku,sejak dari malaysia lagi memang aku suka bergaul dan bersembang dengan makcik yang lebih meningkat umurnya..dulu selalu ikut mak bersama kawan-kawan mak..sampai ke sini pun aku jadi rindu nak bergaul bersembang ngan golongan yang sebaya macam mak..sampailah ketika aku pergi masjid jumpalah golongan-golongan yang membuat aku tersenyum melihat mereka sembang,berseloro,ketawa dan macam-macam lagi...rindunya aku pada mak bila lihat muka makcik arab kat sini ada iras-iras muka mak aku...kekadang rasa terubat rindu tue bila bersama dengan mereka...itulah masa yang aku habiskan petang-petang bila hari kuliah..:)
Kekadang duduk rumah pun borin,duk dalam bilik tido tambah musim sejuk nie..:) sejak akhir-akhir nie..banyak aku menghabiskan masa menilai melihat memerhati memahami mendiamkan diri dengan keadaan sekeliling..ahad nie ada paper lagi,aku kene habiskan baca kalau tak baca melopongla aku nanti nak jawab .....ada masa nak menulis lagi...aku bukan pandai menulis, tapi sedang ingin mencuba sesuatu....:)fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-88441880264981062202010-12-07T18:55:00.002+08:002010-12-07T19:19:18.213+08:00Hargailah Ia.....Emmm....panjang emmm kali nie,..anda pernah ada sahabat tak?bagaimana sahabat anda?siapa sahabat anda?adakah sahabat seperti kawan?adakah sahabat anda talam dua muka?adakah sahabat anda jenis kawan makan kawan?adakah sahabat anda pentingkan diri sendiri dan adakah sahabat anda hanya berharap pada anda bila susah sahaja...bila susah baru cari bila senang ditinggalkan...emmm, kalau macam tuelah bagi saya,itu bukan sahabat namanya...
Dan adakah sahabat anda juga yang jenis depan manis mulut berbicara, belakang anda mulut busuk betul berbicara..ish...ish...dan anda pernah tak ada sahabat yang suka menceritakan hal orang lain pada anda( BZB)...mungkin pernah kan...bagi sayalah, kalau sahabat yang sebegitu, tak mustahil kite sendiri pun die pernah lakukan ...anda sanggup ke ada sahabat yang sebegiu..mesti tak nak kan...kalau begitu, itu bukannyer nama sahabat..dan setengah pulak, bile kita dah bersahabat dengan seseorang, mula lah ada yang (PHD)ish..ishh..xtahulah nak saya katakan macam mana,pantang tengok orang lain bahagia ke ceria ke happy ke, cubalah untuk kite tumpang tersenyum bila melihat kawan kite hari-harinya ceria..janganlah pulak kite jadi (MT).
susahkan kita nak jumpa sahabat yang betul-betul dinamakan sahabat, memang susah jugak bagi saya,ramai kawan boleh, nak cari yang betul-betul boleh kita percaya,emmm susahkan..
"Persahabatan adalah satu perjanjian, susah dan senang adalah diperlukan, bukan untuk dibalas...Kerinduan hanya datang setelah kita kehilangan seseorang yang kita sayang.Jadi hargailah apa yang kita sayang dan kita perolehi.
Kadangkala kita menyedari betapa kita menyayangi seseorang disaat kita kehilangan, Kadangkala kita rasa kita perlukannya disaat kita kesunyian, Kadangkala kita rasa hidup ini tidak bermakna lagi andai dia tiada di sisi...Dan kadangkala kita rasa,masa yang berlalu adalah sia-sia andai kita tidak berada disisinya".
Teringat saya pada bait kata-kata hikmah yang sering juga saya terbaca..
"Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,...Masakan Dia sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Dia tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu...Tapi mungkin itulah yang Dia mahu, kerana dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk didekati dan akrab dengannya..."fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-76033735921371872972010-12-07T18:36:00.005+08:002010-12-07T18:53:30.960+08:00bila mata sudah celik kembaliApa sebenarnya ye....orang selalu buat blog, kekadang ada yang ceritakan tentang kehidupan seharian..dan ada setengah pulak yang berpuisi dan bercerpen dalam blog, dan ada juga yang berpolitik dalam blog dan ada juga yang menceritakan isu agama...macam-macam kegunaan blog kan...
Tapi blog dua lakaran satu hati nie..lebih fokus pada apa ye?...entahlah, nak kata macam mana, jarang pulak nak update...biasalah orang tak de pengalaman menulis bakat pun tak de...takpelah...mungkin selepas nie, aku rasa nak aktiflah blog nie....selalu je kata nak aktif..tapi tak de aktif jugak...tak pelah, cubalah sikit-sikit lepas nie..
Mungkin akan menceritakan apa sahaja yang aku lakarkan bila hati dalam kesunyian..mungkin juga aku menulis ni akan jadi kenangan bila aku dah Tua nanti, takpun untuk tatapan aku hari datang...samalah tu, tapi takpelah..mungkin juga akan menjadi teman aku blog lakaran satu hati nie... ,,,:)fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-57558391432094057212010-11-09T03:23:00.004+08:002010-11-09T03:59:28.360+08:00Janganlah sebelum melakukanKu biarkan blog yang usang ini, tanpa rencah kehidupan...hari ini ku melirik mataku menatap blog usang yang kusam ini...bilakah akan ku berikan perisa...emm..berfikir sejenak...
Buat tatapn diri sendiri dan tatapan kalian semua, Bagaimanakah hari-hari yang anda lalui?....(jawapan ada pada diri sendiri)...
Bangun pagi, sedar dari lena..bersyukurlah kerana kita masih dipanjangkan umur...dan ingatlah..sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, sudahkah kita fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata seumur hidup....
Sebelum kita mengeluh tentang letihnya belajar..sudahkah kita fikirkan tentang orang-orang yang tidak menyambungkan pelajaran?..sebelum kita mengeluh tentang pekerjaan kita...sudahkah kita fikirkan tentang orang-orang yang masih dalam pengangguran ...
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, sudahkah kita melihat apa kesilapan kita dahulu..fikirkan apa yang ita lakukan terlebih dahulu..
Sebelum kita gelak ketawa berdekah-dekah...sudahkah kita fikirkan orang-orang yang dalam keperitan hidup?yang sentiasa dilema permasalahan dan dugaan...
Bila kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyumlah dan sentiasalah berterima kasih kepada Tuhan bahawa kita masih hidup...
SENTIASALAH KITA BELAJAR ERTI BERSYUKUR SEBELUM KITA TERLAMBAT.......
INGATLAH!!!...........
Kata-kata yang di ucapkan sembarangan,dapat mewujudkan perselisihan,
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,
Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan,
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki dan sedikit ttg wanita
Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...
Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah
sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGALfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-80623037673321893202010-10-02T08:41:00.000+08:002010-10-02T08:43:55.261+08:00Teguran Itu PentingOrang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
Titisan rindu hiasi taman kasih
Tanda Illahi merahmati cinta abadi
Seharum kasturi seindah pelangi
Sedamai hati memiliki cahya Illahi
Kurnia Tuhan untuk hambaNya
Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja
Iman dan taqwa saksinya
Bagai air yang mengalir tiada akhirnya
Janji kepastian suka duka dijadikan iktibar
Di hujung penantian kecapi gemilang
Mekar di hati indah buana dirahmatiNya
Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja
Iman dan taqwa saksinya
Impian inginkan melihat ketenangan
Hidup bahagia penuh kasih dan sayang
Mimpi kedamaian harap kenyataan
Seluruh insan menjalinkan ikatan
Kurnia Tuhan untuk hambaNya
Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi dijiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja (2x)
Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?
Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini?
Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang-pejuang islam yang bakal menegakkan AGAMA ISLAM dimuka bumi.
SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.
1. Faedah Halus Pandangan:
Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.
Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.
2.Faedah Angin Tunggal:
Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.
Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.
3. Faedah Angin Kembar:
Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita. Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.
Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.
Semoga apa yang ana kongsikan ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa pemikiran manusia dan sains sebenarnya telah dikabarkan oleh ALLAH TAALA dalam 'bahasa indahnya' kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia samada akal yang ALLAH kurniakan ini digunakan ke arah kebaikan atau keburukan. Wallahu' alam.
p/s :
- Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;
Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiatkan resah gelisah(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(al-Ma'arij 19-23)
sumber : iluvislam.comfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-82702334421826895052010-08-26T18:19:00.006+08:002010-08-27T01:45:04.736+08:00iftor di JordanPejam celik je...tanpa kite sedar sudah 16 Ramadhan kite semua menjalani ibadah puasa, bagi saya yang berpuasa di perantaun nie terasa begit cepat sekali masa berlalu..kerinduan terasa bila mengingatkan suasana berbuka puasa bersama adik-beradik di kampung..telatah anak saudara yang pelbagai ragam membuat hati yang jauh ini tersenyum sendirian..Bagi saya yang sudah 2 kali berpuasa di rantau orang, banyak cerita suka duka yang tak dapat dilupakan..Berbezanya puasa bersama keluarga dan bersama sahabat perjuangan..kenangan demi kenangan tercatit didalam diari hidup saya.
Fatrah imtihan baru 2 hari selesai,walaupun dalam imtihan, tapi banyak jugak jemputan untuk pergi berbuka puasa di rumah sahabat handai, inilah dinama rezeki di Bulan Yang Barakah ini alhamdullilah.Cuma kali ini agak menarik sedikit semalam baru sudah berbuka puasa di rumah RAzan Tarawneh( Sahabat arab).Ambil peluang sebaik yang mungkin, bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang..betul tak?..
nie pemandangan dalam rumah..
woo...canttiknyer rumah mereka nie, dahsyat sungguh, bukan calang-calang orang jugak Razan nie,(macam jakun je)hihi.xdelh nak tunjuk sangat wat cam biasa jer..tapi memang kebiasaan rumah arab nie dalam memang cantik..nak tahu mereka jamu kami semua nie makan apa...jen jeng jeng..
yang nie, baru sayuran mrk..
Satu persatu, makanan mrk hidang, yang kami semua nie dah rasa gerun dah banyaknyer makanan kami ada 6org je, macam mana nak habis semua nie..memang dari awal agak dah, mesti sekak perut dibuatnya. menunyer 1 talam besar nasi maklubah dalamnyer ada ayam dicampur sekali, xtahu brp ekor mereka letak ayam, ada 1 talam daun dawali( daun anggur) ngan timun yang berisi nasi dan daging) sup spagethi, laban( susu masam), 2mangkuk besar apa ntah namanyer xingat, dan salatoh mereka..paling sedapnya asiiir( juis buah).penuh meja besar dibuanyer...kami nie semua perut halus-halus, nak makan macam ada 20orang je..
nie pulak mudabbal..roti yg digorenng
Yang paling bestnyer, kene paksa makan nie, aduii rasa nak nangis je dibuatnyer, mereka bukan faham orang melayu ni makan sikit je, sekali mereka taruh kat pinggan kami penuh ngan sebelah ayam..dengan berkat kesabaran makan sikit demi siki. rai sungguh tetamu datang..kalau tak makan, mereka kata Amanah nie kena makan, haram kalau tak makan habis nie..bila dah keluar ayat macam tu,habislah perut kami diproses...hihi....makanlah jugak nak ambil hati tuan rumah..:)
nie pulak dawali dan kusa..
Usai sudah solat magrib, kami dihidang dengan halawiyat dan kopi arab buah pelaga..bulat mata kami nie tengok,,perut dah buncit nak kene makan lagi..makanlah jugak dan selebihnya kami buat jahat sikit, letak dalam tisu bile Razan tak ada, kalau tak buat mahu nak tekeluar balik dibatnya..lepas habis kinafah mereka hantar jeli pulak sebagai pemanis mulut..bamyak sungguh makanan..ingat dah habis dah rupanyer ada lagi, kami nak balik dah nie, kena tahan suruh minum teh pudina pulak degan 1 talam buah-buahan..wow..hebat betul kami makan kali ni..memang macam nielah keadaan orang arab bila ada tetamu, selagi ada makanan, selagi itu mereka bagi kami makan,...walau apa-apa pun, seronok dan bersyukur dimurahkan rezeki..
“Ya Allah, jadikalah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku.” Amin…
Jadikan Ramadhan sebagai titik tolak (turning point) kepada perubahan positif dalam diri. Untuk melakukan perubahan adalah sesuatu yang sangat sukar dalam kehidupan manusia, apatah lagi kalau sesuatu itu telah sebati dalam diri mereka atau telah lama dilakukan sehingga ianya menjadi budaya bagi dirinya.
Keghairahan di awal Ramadhan sangat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi oleh pelbagai golongan bagi mendirikan solat tarawikh. Hal ini perlu dikekalkan sehingga penghujungnya dan berterusan selepas itu. Namun yang biasa kita lihat semakin hamper ke penghujung Ramadhan, semakin berkuranglah jamaah. Sedangkan diakhir Ramadhan lah dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka.
Persoalannya bagaimanakah untuk istiqamah. Maka empat jalan yang disarankan:
* Lakukan amal ibadah secara sederhana, ringan tetapi berkekalan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan.
* Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadat dan bertaubat dari dosa tersebut.
* Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadhan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir.
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya
kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"
Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
Note: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu
Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentusaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.
Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.
Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.
Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.
15 fakta menarik :
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
SUMBER : www.lamanmotivasi.blogspot.comfazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-91822458361059687082010-07-25T21:26:00.002+08:002010-07-25T21:33:23.504+08:00Wanita-wanita kesayangan Rasulullah SAW1. Khadijah RA.
Nama penuhnya ialah Khadijah binti Khuwailid bin As’ad bin Abd Al Uzza’. Ia dilahirkan di Makkah tahun 68 sebelum hijrah. Ia adalah wanita yang berjaya dalam perniagaan, seorang saudagar wanita terhormat dan kaya raya. Pada masa jahiliyah ia dipanggil Ath Thaharoh (wanita suci) kerana dia sentiasa menjaga kehormatan dan kesucian dirinya. Orang-orang Quraisy menyebutnya sebagai pemimpin wanita Quraisy.
Rasulullah bersabda tentang Khadijah, “Allah tidak menggantikan untukku wanita yang lebih baik darinya. la beriman kepadaku di saat orang lain ingkar kepadaku, ia mempercayaiku di saat orang lain mendustakanku, ia menolongku dengan hartanya di saat orang lain tidak ada yang menolongku, dan Allah telah mengurniakan kepadaku putera (dari hasil perkawinan dengan) nya sedang wanita-wanita lain tidak.”
Keistimewaan Khadijah:
Dia adalah wanita yang pertama kali memeluk Islam. Ia beriman kepada Nabi semasa semua orang tidak percaya pada Baginda.
Dia adalah wanita pertama yang dijamin masuk surga bahkan ia mendapat kabar gembira dari Allah, bahawa Allah telah mendirikan bagi rumah di syurga.
1. Manusia pertama yang mendapat salam dari Allah yang disampaikan dari langit ke tujuh. Dia pantas menerimanya kerana selalu setia mendampingi Nabi dalam keadaan seperti apapun.
Anas RA meriwayatkan bahawa ketika Jibril datang kepada Rasulullah SAW yang sedang berduaan dengan Khadijah RA, Jibril berkata, “Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepada Khadijah”. Khadijah membalas, “Sesungguhnya Allah-lah As Salaam (Maha Pemberi Kesejahteraan). Sebaliknya kuucapkan salam kepada Jibril dan kepadamu. Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan, rahmat dan berkahNya kepadamu.” (HR An Nasa’i)
2. Wanita pertama yang layak dikategorikan shiddiq di antara wanita mukmin lainnya.
3. Mengorbankan seluruh hartanya untuk kepentingan Nabi
4. Wanita yang memberikan keturunan bagi Nabi
5. Wanita yang matang dan cerdas, pandai menjaga kesucian, dan terpandang bahkan sejak masa jahiliyah dan diberi gelar Ath Thahiroh (wanita yang suci). Ia adalah orang yang terhormat, taat beragama dan sangat dermawan.
6. Seluruh hidupnya di serahkan untuk mendukung dan membela dakwah Nabi.
7. Orang yang pertama solat bersama Nabi SAW
2. Saudah binti Zam’ah
Nama penuhnya Saudah binti Zam’ah bin Qais. Ia masuk Islam bersama suaminya, Sakran bin Amr, di masa awal dakwah Islam. la ikut berhijrah ke Habsyah (Ethopia). Suaminya meninggal di Mekah setelah ia pulang dari Habsyah bersama kaum muslimin. Ia bertubuh tinggi lampai dan kurus. la terkenal suka berkelakar dan suka berderma.
Beliau merawikan 5 hadis dari Nabi. Di antaranya, ia berkata, “Ada seorang laki-laki yang datang menemui Nabi lalu berkata, “Ayahku telah lanjut usia dan ia sudah tidak mampu menunaikan haji.” Nabi bersabda, “Bukankah seandainya ayahmu punya hutang, lalu kamu melunasinya, dan itu akan diterima? ” “Ya”, jawab laki-laki itu. “Allah Maha Pengasih, maka tunaikanlah haji atas nama ayahmu!” kata Nabi.
Saudah RA adalah wanita pertama yang dinikahi Rasulullah setelah Khadijah RA meninggal. Ia menjadi satu-satunya isteri Nabi saw selama tiga tahun sebelum nabi menikah dengan Aisyah RA.
Keistimewaan Saudah binti Zam’ah:
1. Termasuk wanita pertama yang memeluk Islam, ikut hijrah dua kali iaitu ke Habsyah dan Madinah Munawwarah.
2. Ia termasuk golongan pertama yang masuk Islam
3. Selalu berusaha sekuat tenaga menyenangkan hati Nabi dengan memberikan hari gilirannya kepada Aisyah RA karena Saudah RA tahu bahwa wanita yang paling dicintai oleh Nabi saw di antara isteri-isterinya adalah Aisyah RA.
4. Aisyah berkata tentang Saudah, ”Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika aku menjadi dirinya, selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa”.
5. Selalu mengejar kebaikan dan ketaatan bahkan Aisyah cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam kebaikan dan ketaatan.
6. Saudah RA. adalah seorang wanita yang dermawan dan murah hati. Ibnu Sirin menceritakan bahwa Umar bin Khaththab (setelah menjadi Khalifah) pernah memberi satu karung berisi wang dirham kepada Saudah RA. Ketika melihatnya, Saudah RA. bertanya, “Apa yang ada dalam karung ini?” Petugas Umar menjawab, “Wang dirham (perak).” Saudah RA. terkejut, “Karung ini berisi wang dirham, seperti kurma? Hai pelayan, ambilkan dulang!” Saat itu juga, Saudah RA. membahagi-bahagikan wang dirham tersebut kepada orang-orang yang memerlukannya.
7. Mendapat izin dari tujuh lapis langit
Suatu ketika, Saudah RA. pernah mengalami masalah yang cukup memberatkan hatinya. Oleh sebab itu, ia segera menemui Nabi saw. untuk mengadukan permasalahannya. Ternyata, Allah berkenan menurunkan wahyu dari tujuh lapis langit untuk menyelesaikan masalah yang dialaminya, dan berlaku untuk siapa pun yang mengalami masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah RA. menuturkan,
“Saudah binti Zam’ah RA. pernah keluar rumah malam hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, ‘Demi Allah, engkau pasti Saudah. Kami mudah mengenalmu.’ Saudah merasa tidak enak hati, sehingga ia segera menjumpai Rasulullah saw. yang saat itu sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah saw. berkata, Allah telah mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.’” (Muttafaq ‘alaih)
3. Aisyah binti Abu Bakar
Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). la juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, karena warna kulitnya sangat putih.
la dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW.
Semasa Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham.
Keistimewaan Aisyah RA:
1. Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis.Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.
2. Ia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Ia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastera dan agama. Banyak pembesar sahabat yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah fiqih, dan ia pun menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.
3. Wanita yang dinyatakan kesuciannya dalam Al Qur’an. Kecintaan Rasulullah kepada Aisyah pernah menimbulkan kecemburuan di hati sebahagian orang. Mereka menuduh Aisyah berbuat zina, padahal ia adalah wanita yang sentiasa menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Allah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut di dalam Kitab-Nya.
4. Tentang Aisyah, Rasulullah pernah mengatakan, “Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita yang lainnya adalah seperti keutamaan tsarid (makanan yang terdiri dari roti dan daging) atas makanan lainnya.” (HR. Al-Bukhari)
5. Ketika Rasulullah SAW sakit, Beliau meminta izin kepada isteri-isterinya agar Baginda dirawat di rumah Aisyah.
6. Amr bin Ash pernah bertanya kepada Rasul, “Siapakah orang yang paling Anda cintai?” Beliau menjawab, “Aisyah”. “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. “Ayahnya, Abu Bakar”, jawab Beliau. “Kemudian siapa?” tanya Amr. “Umar bin Khaththab”, jawab Beliau.” (HR. Al-Bukhari)
7. Satu-satunya wanita yang dinikahi Rasulullah yang masih gadis.
8. Aisyah adalah wanita terkemuka dengan segudang keistimewaan, terkemuka dalam kedermawanan, kezuhudan dan sifat-sifat yang mulia.
9. Jibril as. memberi salam kepadanya
Ibnu Syihab menyatakan bahwa Abu Usamah berkata, “Sesungguhnya “Aisyah RA. pernah mengungkapkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Hai ‘Aisyah, ini Jibril. la mengucapkan salam kepadamu.” ’Aisyah membalas, “Wa ‘alaihis Salaam wa Rahmatullah wa Barakaatuh (semoga Jibril juga mendapat kesejahteraan, limpahan kasih sayang dan berkat dari Allah), Engkau (Rasulullah SAW) melihat sesuatu yang tidak dapat kulihat.” (Muttafaq ‘alaih)
10. Wahyu turun saat Nabi berselimut bersama Aisyah
”….Demi Allah sesungguhnya Allah tidak pernah menurunkan wahyu ketika aku sedang dalam satu selimut dengan siapapun di antara kalian (isteri-isteri Nabi), selain Aisyah”. (HR Bukhari)
11. Wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.
4. Hafshah binti Umar bin Khatthab
Nama lengkapnya Hafshah binti Umar bin Khatab. Lahir di Mekkah tahun 18 sebelum hijrah. Rasulullah melamar Hafshah kepada ayahnya Umar bin Khathab, lalu Baginda menikahinya pada tahun 3 H.
la merawikan 60 hadis dari Nabi, 10 di antaranya terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Keistimewaan Hafshah:
1. Wanita yang dibela Jibril
Rasulullah pernah bermaksud menceraikan Hafshah, tapi Jibril mengatakan kepada Beliau, “Jangan kamu ceraikan dia, sesungguhnya dia adalah wanita yang gemar berpuasa dan menunaikan solat malam), dan sesungguhnya dia adalah istrimu di surga.”
2. Dia adalah salah satu wanita yang paling fasih di antara wanita-wanita Quraisy.
3. Hafshah RA memiliki kedudukan yang sangat tinggi di hati Nabi saw., bahkan termasuk salah seorang isteri beliau yang istimewa di antara isteri-isteri Baginda yang lainnya. ‘Aisyah RA pernah mengakui hal ini. la berkata, “Hafshah adalah termasuk salah seorang isteri Nabi SAW yang nyaris setara denganku
4. Hafshah RA dikenali seorang yang memiliki banyak ilmu, pemahaman dan ketakwaan yang sangat luas. Ketika ayahnya diangkat menjadi Khalifah, selalu Umar bertanya kepadanya tentang berbagai hukum agama.
Makin kita tidak sedari..sudah 10 hari kita didalam Bulan syabaan..bagaimana iman kalian?bagaimana hati kalian? sama-samalah kita ikhlaskan diri, dalam melakukan kebaikan...
Bulan Syaaban bermula dari 13 Julai 2010 hingga 11 Ogos 2010. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-42424510023957828992010-07-19T00:32:00.001+08:002010-07-19T00:33:33.907+08:001 2 3 4 512345678.................fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-26582456395295452922010-07-19T00:32:00.000+08:002010-07-19T00:33:30.906+08:001 2 3 4 512345678.................fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-85015173899717861192010-07-02T14:53:00.002+08:002010-07-02T15:27:50.180+08:00Jadilah pendengar yang setiaSalam sahabat-sahabat semua, salam buat yang tersayang, salam buat yang dirindui jauh dimata dekat dihati..Kalian semua adalah anugerah yang terindah yang diberikan oleh Allah s.w.t,,pernah tak kita menjadi seorang pendengar?,,pendengar apa? pendengar setia bila seorang sahabat meluahkan rasa, bila si suami meluahkan rasa, bila si adik dan kakak meluahkan rasa pada kita...semua ini adalah lumrah...bagi saya, saya suke menjadi pendengar, sekurangnyer kita dapat meringankan beban yang dihadapi..walau kita tidak berjaya 100%, sekuranganya kita ada disisinya bila diperlukan.
Teman, manusia adalah insan yang memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia memerlukan makanan. Tanpa ada makanan maka kuranglah tenaga ,lemahlah jasad, maka mulalah sakit sini dan sana. Tanpa didengar manusia ini akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Jika kita lihat manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya, justeru mereka akan gagal untuk mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan paling digeruni mungkin akan timbul perasaan dendam.
Insan yang sebegini , akan gagal dalam hidupnya. peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu telah banyak golongan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang sering saya dengari : TUGAS CINTA YANG PERTAMA IALAH MENDENGAR. ERTINYA, KEKASIH YANG BAIK IALAH KEKASIH YANG MENDENGAR. MENDENGAR RINTIHAN, KELUHAN, ADUAN DAN RAYUAN PASANGANNYA. justeru dengan suburnya sifat mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita telah memberi telinga,, mata, dan hati kita pada kekasih kita.
Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.
Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: “Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”
Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.
"JANGAN MEMBIARKAN MULUT MENJADIKAN TELINGA KITA MENJADI TULI"fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7264620141713020715.post-57788287467898905522010-06-29T17:36:00.002+08:002010-06-29T17:42:51.342+08:00JUHA...assalamualaikum,,kali ini saya nak lampirkan sedikit kisah tentang JUHA, siapa itu JUHA ? ..dia adalah Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.
kisah Pekikan Jubah
Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.
“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha. ***fazafillahhttp://www.blogger.com/profile/07818147433973574645noreply@blogger.com1