Lelaki Acuan Al Quran Lelaki idaman..
Adalah seorang lelaki yang beriman , yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah, yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, yang sentiasa haus dengan ilmu, yang sentiasa dahaga akan pahala, yang solatnya adalah maruah dirinya, yang tidak pernah takut untuk berkata benar, yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah..
Lelaki Acuan Al Quran..
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang jembalang..
Lelaki Acuan Al Quran..
Adalah lelaki yang menghormati ibunya, yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..
Lelaki Acuan Al Quran..
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam, yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah, yang boleh diajak berbincang dan berbicara, yang menjaga matanya daripada berbelanja, yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..
Lelaki Acuan Al Quran..
Tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..
Lelaki Acuan Al Quran..
Sentiasa mengingati mati, yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..
Lelaki Acuan Al Quran..
Adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga, Di situlah rumah idamannya..
Wahai Syabab harapan Islam ! ayuh berusaha menjadi lelaki acuan Al Quran. moga Allah redha
sumber : ilmi-islam.com
-
Muharram kembali11 tahun yang lalu
-
Wanita Dan Dakwah11 tahun yang lalu
-
Adam Dan Hawa - Episode 35 (part 1)12 tahun yang lalu
-
-
6 tahun yang lalu
-
12 tahun yang lalu
INTABIH...
"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
Negeri
Family
Pejuang Islam
Tarbiyyah anak
Halwa telinga
sudut ilmiah
berForum
Dalam Negara
- fazafillah
- perak, Malaysia
- Meniti sebuah kehidupan,perjalanan yang semakin panjang..Ilmu di dada masih belum mencukupi..makin hari inginkan sesuatu perubahan dalam diri..masa kian hampir,adakah Aku sudah bersedia?..SABAR TABAH ISTIQOMAH yang sering ditanamkan dalam hati ingin mencapai RedhaMu Ya Allah...
Nota Buat HATI
Tiada yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah hatta nyawa kita juga pinjaman dari Allah yang perlu kita manfaatkan sebaik-baiknya dan perlu ingat kita mesti kembalikan nyawa kepada Pencipta Yang Esa bila diminta. Harus bersedia untuk mati. Harus bersedia untuk disemadi, persoalannya bersediakah kamu wahai diri yang hina?
Al-Quran
Buatmu Dai'eah
Beritahu pd muslimah i2 diriny ibarat kaca; dsentuh tguris, dhantuk serpih, dhempap bkecai. Beritahu muslimah i2 jaga tutur kata; ckp tinggi nnti dbenci, tlalu rendah dpijak pula, ckp sombong mngundang lawan, hati2 mluah kata, krn pulut santan binasa, krn mulut bdn binasa. Beritahu pd muslimah i2 jaga tingkah laku; hrga diri letakny di situ, jgn mluru ikut telunjuk nafsu, ssekali tsilap langkah, akn dhukum selamany, kturunan dcerca payah, mnyesal kemudian bkn faedah. Beritahu pd muslimah i2 jg pakaian; ia cermin pribadi, jg lambang bangsa, d mana & dlm keadaan mcm mnpn, biar org kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pd muslimah i2 simpan secebis malu; krn malu itu, sbahagian drpd iman..(~_^)
Al-Hadeeth
Fiqh
Special...IT
............فا ز........ ....
read
FEEDJIT Live Traffic Feed
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.
Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v. dan wayang di pawagam.
Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau sholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan / pakwe / makwe.
Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halamanpun habis dilahap.
Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet, tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir dua-tiga-kali.
JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT.
"Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)" (Surah Al-Ahzab - ayat 41)
"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mumin bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan)." (Surah Al-Ahzab - ayat 47 - 48 )
Renung-renungkan dan selamat beramal !
1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
sumber : iluvislam.com
Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.
Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.
Para ulama' dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah masih menerima amalan dan masih melihat mereka.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Sifat Syukur
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.
Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.
Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai iktibar kepada hambanya.
Firaun Dan Pengikutnya
Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah SWT dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan mesir ketika itu.
Tetapi malangnya, firaun menjadi sombong dan lupa diri.
Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.
Sehinggakan Allah SWT mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.
Allah SWT juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh firaun itu dengan menenggelamkan dia di laut merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s.
Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan firaun.
Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan firaun laknatullah.
Kisah Raja Namrud
Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka.
Namun dengan sifat kasih sayang Allah SWT, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.
Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
- Artikel iluvislam.com
Sekiranya hatimu merasakan kesedihan yang teramat sangat..
Janganlah berpaling..!
ALLAH sentiasa bersedia mendengar rintihan hambaNya..
ALLAH tidak pernah zalim..
Tapi manusialah yang sering menzalimi diri sendiri dan sesama mereka..
Apakah kamu tegar melempiaskan kesedihanmu, amarahmu,
Dengan memijak ranap runtuh binaan iman kamu..
Mencampakkan semua ilmumu..
Lantas menuruti kehendak nafsumu yang ditunggangi syaitan!
Sehingga kamu seolah-olah tidak pernah tahu..
mana HALAL mana HARAM?!
Lupakah kamu kepada JANJI ALLAH..
Lupakah kamu dunia ini sementara cuma..
Dan kita pasti dihisab semuanya..
SEMUANYA! tanpa sedikitpun tersisakan..
Bawalah hatimu kepada Tuhan yang menciptakanmu..
Dia jauh lebih tahu daripada kamu..
Menangislah mengadu padaNya..
Merintihlah hanya padaNya, Rabb seluruh alam..
Pasti dan pasti hatimu akan menjadi tenang..
YAKINIlah wahai hamba Allah...
Kerana hanya kepadaNya, kamu akan kembali
sumber:murabbi.net
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
- Artikel iluvislam.com
Sekarang nie musim berimtihan, tiap minggu ada sahaja paper yang perlu ditempuhi,minggu depan ada lagi 3 paper bagi aku,kesuntukkan masa disaat akhir beginilah selalunya..semalam dah selesai 1 paper bagi madah yang aku risau, bukan risau sebab apa, doc nyer agak menggerunkan jugak,itu bagi pendapat aku yang sentiasa berdebar-debar bila masuk kuliahnya..hari ahad nie ada lagi 1 paper bagi madah yang sama,kenelah aku bekerja keras lagi..masa begitu pantas berlalu,siang pendek malam panjang,begitulah dugaan yang harus ku tempuhi..
Habis sahaja kelas pagi, aku berehat sementara menuggu kelas petang.tiap hari khamis, aku akan pergi kelas petang, dalam pengajian tu, akulah seorang pelajar malizi yang lain semua makcik arab yang duduk berdekatan dan adalah jugak 2 remaja yang mengikuti pengajian tue,aku rasa seronok bila bersama mereka,menegur kesilapan aku, walaupun bahasa arab nie masih belum mantap lagi, fahamlah apa yang makcik arab nie kata, dan hari rabu pulak pergi rumah ummu hanadi belajar dengan die sorang2 jugak tue, nasiblah rumah ummu hanidi nie berdepan dengan rumah sewa aku jugak..walaupun ummu nie garang tapi kerana belajar aku kuatkan jugak,walaupun ada rasa gerun jugak..biasalah bila kita nak mencari ilmu kenalah redah dugaan macammana sekalipun..rutin harian tiap-tiap minggu selama 3 bulan nie...
sebenarnya aku suka bergaul dengan makcik lebih tua umur dari aku,sejak dari malaysia lagi memang aku suka bergaul dan bersembang dengan makcik yang lebih meningkat umurnya..dulu selalu ikut mak bersama kawan-kawan mak..sampai ke sini pun aku jadi rindu nak bergaul bersembang ngan golongan yang sebaya macam mak..sampailah ketika aku pergi masjid jumpalah golongan-golongan yang membuat aku tersenyum melihat mereka sembang,berseloro,ketawa dan macam-macam lagi...rindunya aku pada mak bila lihat muka makcik arab kat sini ada iras-iras muka mak aku...kekadang rasa terubat rindu tue bila bersama dengan mereka...itulah masa yang aku habiskan petang-petang bila hari kuliah..:)
Kekadang duduk rumah pun borin,duk dalam bilik tido tambah musim sejuk nie..:) sejak akhir-akhir nie..banyak aku menghabiskan masa menilai melihat memerhati memahami mendiamkan diri dengan keadaan sekeliling..ahad nie ada paper lagi,aku kene habiskan baca kalau tak baca melopongla aku nanti nak jawab .....ada masa nak menulis lagi...aku bukan pandai menulis, tapi sedang ingin mencuba sesuatu....:)