2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
4:34 PG

Terlalu banyak nikmat yang sudah anda TERIMA...

Dicatat oleh fazafillah

Ingatlah wahai saudariku, sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan. Selepas cucuran airmata akan muncul sebuah senyuman dan selepas malam akan menjelma siang, Awan duka akan berselerak dan terpancar, malam-malam pekat menjadi terang, kemalangan akan selesai dan derita akan berkhir, kerana Allah s.w.t menjanjikan demikian.

Pada masa yang sama hendaklah kita ketahui,sesungguhnya kita akan beroleh imbuhan atau pahala. Jika anda seorang Ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penolong agama, jika kita mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam ibadah malam mereka.

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammmad s.a.w adalah seorang ibu yang menghadiahkan seorang pemimpin yang luar biasa dan Rasul yang mulia kepada seluruh manusia.

Ingatlah kita sendiri pun, sebenarnya mampu menjadi seorang penyeru ke jalan Allah di antara perempuan-perempuan jenismu. Kita boleh membuat pendekatan yang kita kuasai, antara lain dengan kata-kata yang menyejukkan hati, dengan nasihat yang baik, dengan hikmah, sesungghnya kaum Hawa akan berkesan dengan tingkah laku dan contoh amal soleh.

HARI ESOK AKAN MENGHAPUS SEMUA MIMPI BURUK, MENGUSIR SEMUA KESEDIHAN, DAN MENGGANTINYA DENGAN CANDA DAN TAWA.

0 ulasan:

Catat Ulasan