2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
10:13 PTG

untukmu kekasihku

Dicatat oleh fazafillah

tarikh keramat itu...mengikat sebuah janji
kerana yakinkan agamaku,kau melangkah datang
kerana yakinkan agamamu,janji ini kuserahkan

ku tertunduk malu-maluan
kau tersipu dalam senyuman
dua keluarga duduk berhadapan
merancang sebuah penyusunan

hari-hari dilewati
bumi asia kau redahi
bumi syam inginku jejaki
memburu ilmu demi redha ilahi
terpisah jauh dua hati
lautan dan benua merentangi
tak ternoda ikatan dek murka ilahi
mempertahankan kesucian hakiki

masa terus memintas kita
kau berjuang di dunia kerjaya
diriku berjuang di medan sarjana
kita bersama bernaung di ibu kota
namun syariat tetap terpelihara

Ya Allah...
kuatkan kami bermujahadah
mendamba cinta-mu yang terindah
cinta manusia hanyalah wasilah
menagih rahmat dan maghfirah

Ya Allah...
jangan biarkan ikatan kami dicemari
dengan maksiat nan keji
permudahkan urusan kami...

memeterai sebuah janji..

9:25 PG

salam ma'al hijrah

Dicatat oleh fazafillah

Alhamdulillah syukur padaMU menganugerahkan nikmat penghidupan yang tiada tandingan,sesungguhnya engkaulah BERKUASA,MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA !!!..

rasenya masih belum terlambat untuk ana mengucapkan SALAM MA'AL HIJRAH kepada semua pejuang-pejuang islam,semoga di tahun baru ini kita bulatkan tekad mencari satu penghijrahan yang lebih baik dalam hidup kita,lakukanlah kerana Allah,dan ia juga matlamat hidup kita iaitu mendapatkan keredhoan Allah,insyaAllah,
imbas kembali bagaimana hijrah yang dilakukan ketika zaman rasullullah yang berhijrah dari kota mekkah ke kota madinah,yang menyatukan dua kaum antara muhajiran dan ansar,kerana penghijrahan tersebut mereka sanggup mengorbankan harta mahupun nyawa semata mata ingin menegakkan agama islam yang tercinta..

hari ini ana berada dikampung,meluangkan masa bersama keluarga.seronok jugak sesekali bertemu adik beradik,yelah bile kembali ke johor untuk bekerja,kehidupan sudah berubah,serba kekurangan dan kesunyian,.tapi..insyaAllah bile disebut hijrah,ana dapat rasakan hijrah yang akan dilakukan tidak lama lagi adalah hijrah terbesar dalam hidup.ana akan pastikan semangat untuk berubah kearah lebih baik itu tidak pudar,inilah yang bermain difikiran ana akhir akhir ini..

HIJRAH BERSAMA SAMA menuju kebaikan,
HIJRAH TANPA mengecewakankan rakan seperjuangan,
HIJRAH MENUJU MATLAMAT BERSAMA..
HIJRAH menuju Allah,.

1:16 PG

Rintihan Kalbu....

Dicatat oleh fazafillah

Wadah perjuangan seorang umat...

Hari ini....
tiada senda dalam bicara deru airmata...
merupakan segalanya, Sang hati bicara sendiri..
bangunkan ummah bina generasi
Di bumi yang bertuah ini
diriku mula mengenali
matlamat hidup sebagai abdi
kepada Allah...
Allahu Rabbi...
Diriku kini sebebas unggas...
terbang riang diangkasa raya
menyanyi merdu irama kalbu
indahnya...oh indahnya

Wahai generasi...
dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
suburnya sesubur tanaman di lembah
melahrikan insan berjiwa tabah
kutiplah mutiara mutiara indah
untuk bekalan diri berpindah
sebelum jejak kaki melangkah
sebelum penyesalan
membawa padah

Sahabat perjuangan!
usah digentar musuh dihadapan
pandanglah didepan balasan Tuhan,
SURGA fIRDAUS MENANTI KALIAN
teruskan perjuangan menegak keadilan
didalam kebungkaman akhir zaman
selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
dengarlah harapan ku ini
pohon untukku dalam doamu
diriku pejuang islam yang satu...

10:36 PTG

pikir macam2..

Dicatat oleh fazafillah

pening.....pening....

tahun baru akan tiba,semangat untuk menghadapi pasti luar biasa,insyaAllah tahun 2010 ni membawa perkara baru dan byk erti tentang kehidupan..eh,,tiba2 thun baru nie,hehe..erm..tggu dan lihat untuk mengetahui ape sbnrnya yg akan berlaku..tunggu........

9:12 PTG

HPA - PEJUANG ISLAM

Dicatat oleh fazafillah


berjuang tak semestinya menggunakan parang mahu pun tombak.
walaupun menggunakan sebatang pen mahupun menggunakan kata-kata,istilah berjuang dan jihad itu dapat dirialisasikan..
pada hujung minggu lepas bertempat di hotel(ape tah)pasir gudang,program perkongsian bijak cemerlang (PBC) anjuran HPA diadakan bertujuan :
1- untuk ahli HPA naik pangkat, betul ker..?
2- untuk menerangkan dan memberi kesedaran kepada orang islam mengenai barangan keperluan kita seharian..
3- melahirkan usahawan islam yang berdaya saing.
4- ape2 aje lah..byk lagi..

penceramah yang menyampaikan ceramah terdiri daripada mereka2 yang sudah pun berjaya,malah punyai pangkat2 yg tinggi spt Pengarah jati emas(PJE) Pengarah jati Mahkota(PJM),,dll
erm..dh mcm brita pulak,,hentam saja lah.. ;b
saya adalah salah seorang peserta yang berjaya mengikuti program berkenaan dan Alhamdulillah bersemangat
untuk menukarkan barangan yang dikira syubhah kepada barangan keluaran islam amnya keluaran HPA khususnya..

akhir sekali,diucapkan semoga maju jaya dalam memperjuangkan produk suci untuk kegunaan kita semua mudah mudahan diberkati Allah..

10:43 PTG

Langkah BERJUANG tanpa PARANG ??

Dicatat oleh fazafillah

Alhamdulillah,hari ini selesai sudah langkah pertama dalam perjuangan membebaskan diri dari dibelengu

2:59 PG

T'kenang butir mutiara pesanan......

Dicatat oleh fazafillah

Hari demi hari perjalanan diteruskan,malam nie rs macam nak wat blog pulk dh lm bolg nie wujud tp xde masa je nak update blog, al maklumlah bukannyer pandai mengarang sangat...org di mesia pun tunggu demi tunggu xde jugk nk mengarang jd ana gagahkan jua utk bkongsi cerita..terkenang sewaktu berada di Malaysia sebelum bermusafir di bumi Anbia' nie ana bersama sahabat2 perjuangan mendgr fikrah bersama us.Ariff...

lebih ditekankan "BELAJAR MENCARI ILMU DI TEMPAT BARU"..landasan kite menuntut ilmu nie untuk mengukuhkan diri dengan ilmu yang ingin ditambahkan..semuanye adalah persisapan utk kite menjadi da'ie bukan hanya untuk diri sendiri semata tapi untk rohani sekali dan yang penting untuk manfaat orang lain..lihatlah sekarang banyaknye pelajar yang berilmu tapi tidak menunjukkan seorang pelajar yang berilmu...bagaimana tu ye???

Jadikan peringatan dan nasihat-nasihat para Ulamak sebagai pelita penuntut kite..

1- Antara himpunan ayat yang terawal diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah IQRA.( Mencari ilmu menyahut seruan Allah s.w.t)

2- Ilmu bukan boleh didapati dengan hanya kite dengar dan duduk sekali-sekala, tapi mestilah disusuli dengan PENA.

3- Seorang khalifah perlu ada satu alaqoh antara Ia dengan Allah, hubungan dengan Allah mesti kukuh,perbanyakkan zikir dan amalan-amalan bentuk kerohanian.Qiammullai bangun di tngah malam satu bentuk sifat-sifat mukmin yang telah Allah gariskan dalam surah-Al-Dukhan.

4- Penuntut ilmu perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai dai'e dan pemegang panji-panji Allah s.w.t

Anatara butir-butir pesanan yang masih terngiang...Betulkan Niat kite yg utama,orang yang tersasar adalah orang yang rugi,Istiqomah yang betul dibawah payungan Allah dan diterima amalan dr Allah s.w.t..

7:00 PG

Satu langkah untuk kehadapan....

Dicatat oleh fazafillah




Ya Allah engkau mudahkanlah segala urusan kami...Ya Allah engkau redhalah apa yang kami hajati....