2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
9:25 PG

salam ma'al hijrah

Dicatat oleh fazafillah

Alhamdulillah syukur padaMU menganugerahkan nikmat penghidupan yang tiada tandingan,sesungguhnya engkaulah BERKUASA,MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA !!!..

rasenya masih belum terlambat untuk ana mengucapkan SALAM MA'AL HIJRAH kepada semua pejuang-pejuang islam,semoga di tahun baru ini kita bulatkan tekad mencari satu penghijrahan yang lebih baik dalam hidup kita,lakukanlah kerana Allah,dan ia juga matlamat hidup kita iaitu mendapatkan keredhoan Allah,insyaAllah,
imbas kembali bagaimana hijrah yang dilakukan ketika zaman rasullullah yang berhijrah dari kota mekkah ke kota madinah,yang menyatukan dua kaum antara muhajiran dan ansar,kerana penghijrahan tersebut mereka sanggup mengorbankan harta mahupun nyawa semata mata ingin menegakkan agama islam yang tercinta..

hari ini ana berada dikampung,meluangkan masa bersama keluarga.seronok jugak sesekali bertemu adik beradik,yelah bile kembali ke johor untuk bekerja,kehidupan sudah berubah,serba kekurangan dan kesunyian,.tapi..insyaAllah bile disebut hijrah,ana dapat rasakan hijrah yang akan dilakukan tidak lama lagi adalah hijrah terbesar dalam hidup.ana akan pastikan semangat untuk berubah kearah lebih baik itu tidak pudar,inilah yang bermain difikiran ana akhir akhir ini..

HIJRAH BERSAMA SAMA menuju kebaikan,
HIJRAH TANPA mengecewakankan rakan seperjuangan,
HIJRAH MENUJU MATLAMAT BERSAMA..
HIJRAH menuju Allah,.

0 ulasan:

Catat Ulasan