2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
10:13 PTG

untukmu kekasihku

Dicatat oleh fazafillah

tarikh keramat itu...mengikat sebuah janji
kerana yakinkan agamaku,kau melangkah datang
kerana yakinkan agamamu,janji ini kuserahkan

ku tertunduk malu-maluan
kau tersipu dalam senyuman
dua keluarga duduk berhadapan
merancang sebuah penyusunan

hari-hari dilewati
bumi asia kau redahi
bumi syam inginku jejaki
memburu ilmu demi redha ilahi
terpisah jauh dua hati
lautan dan benua merentangi
tak ternoda ikatan dek murka ilahi
mempertahankan kesucian hakiki

masa terus memintas kita
kau berjuang di dunia kerjaya
diriku berjuang di medan sarjana
kita bersama bernaung di ibu kota
namun syariat tetap terpelihara

Ya Allah...
kuatkan kami bermujahadah
mendamba cinta-mu yang terindah
cinta manusia hanyalah wasilah
menagih rahmat dan maghfirah

Ya Allah...
jangan biarkan ikatan kami dicemari
dengan maksiat nan keji
permudahkan urusan kami...

memeterai sebuah janji..

0 ulasan:

Catat Ulasan