2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
6:12 PTG

ISU KRISTIAN DIBENAR GUNA NAMA "ALLAH" ??

Dicatat oleh fazafillah

Isu Kristinianisasi bergegar semula di Malaysia.

Tahun 1980an PAS menjuarai isu ini.

Tahun 2010an UMNO cuba menjadi juara isu ini.
Demonstrasi merata-rata bela nama Tuhan (Allah), malangnya Tuhan (Allah) yang mereka pertahankan namaNya, tetapi apa yang Tuhan (Allah) suruh laksanakan mereka tak mahu laksanakan dalam pemerintahan dan perundangan? Ini yang aku pelik. Aku pesan juga kepada pemimpin PAS (temasuk aku) yang memerintah negeri jangan lupa untuk menunaikan perintah Tuhan (Allah) jika tidak, kita akan di lihat ............ "seropaaaaaaa. (Kata Ustaz Harun Memali)". Jika tidak mampu lagi, perkara utama yang mesti dilakukan ialah kesungguhan yang nampak jelas untuk menuju ke arah itu.

UMNO pun sudah melaungkan 'Allah Hu Akbar' yang sebelum ini melaungkan 'Hidup Melayu'. Kepada pemimpin UMNO jika benar-benar ikhlas kepada Tuhan (Allah swt) istiharkanlah Malaysia untuk menggunakan hukum tertingginya Al-Quran iaitu Kitab Suci yang di turunkan oleh Tuhan (Allah) yang kamu pertahankan namaNya.

Janganlah berusaha untuk memenangi hati rakyat Islam, tetapi tidak memenangi hukum Tuhan (Allah) dalam Al-Quran. Kita boleh kecoh manusia selama hidup kita ini tetapi kita tidak boleh kecoh Allah yang Maha Mengetahui dan yang dapat membolak-balikkan hati manusia. Hanya kerana untuk menagih undi rakyat kitapun berpura marah kepada penggunaan nama Allah oleh pihak Krisitian, tetapi hakikatnya kita sendiri tidak yakin dengan apa yang di perintah untuk kita laksanakan di dalam pemerintahan dan perundangan oleh Tuhan (Allah) yang kita pertahankan namaNya,

kerana jika kamu UMNO yakin dengan Tuhan (Allah), sudah tentu kamu lakukan, tetapi kami PAS telah berusaha meletakkan Hukum Tertinggi di negeri yang kami perintah iaitu di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya kamu sudah 52 tahun memerintah masih tidak yakin dengan Hukum Tuhan (Allah), masih yakin dengan Penjajah Bristish. (Apakah British adalah Tuhan kamu juga selain Allah?). Kami PAS tidak dapat laksanakan kerana perlaksanaannya dihalang oleh Kerajaan Pusat yang tidak mahu bekerjasama dalam kes tangkapan oleh Jabatan Polis dan hukuman oleh Jabatan Penjara serta amaran keras oleh Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Janganlah kamu UMNO berpura-pura dengan Tuhan (Allah) hanya untuk meraih kepentingan duniawi yang amat sedikit.

Kepada pemuda pemudiku, perkuatkan aqidahmu, perkuatkan hujjah mu... jadilah kamu Ahmad Deedat untuk melawan dakyah Kristian itu, jangan takut jika kita dipihak yang benar. Ketakutan kerana kita bodoh dan akan mudah terseleweng, bukan dengan menghalang orang lain tetapi dengan menjadikan kita dan anak-anak umat Islam bergeliga otaknya, keperibadian diri yang murni, kehebatan disegi ketamadunan, dalam menghadapi cabaran yang semakin mencabar.

Yang penting dan paling utama, ikhlaslah sebenar-benarnya kita kepada Allah yang kita mengaku dengan 99 namaNya itu, janganlah kita bertuhankan Manusia.

(arisawang.blogspot.com)

0 ulasan:

Catat Ulasan