2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
2:53 PTG

Jadilah pendengar yang setia

Dicatat oleh fazafillah

Salam sahabat-sahabat semua, salam buat yang tersayang, salam buat yang dirindui jauh dimata dekat dihati..Kalian semua adalah anugerah yang terindah yang diberikan oleh Allah s.w.t,,pernah tak kita menjadi seorang pendengar?,,pendengar apa? pendengar setia bila seorang sahabat meluahkan rasa, bila si suami meluahkan rasa, bila si adik dan kakak meluahkan rasa pada kita...semua ini adalah lumrah...bagi saya, saya suke menjadi pendengar, sekurangnyer kita dapat meringankan beban yang dihadapi..walau kita tidak berjaya 100%, sekuranganya kita ada disisinya bila diperlukan.

Teman, manusia adalah insan yang memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia memerlukan makanan. Tanpa ada makanan maka kuranglah tenaga ,lemahlah jasad, maka mulalah sakit sini dan sana. Tanpa didengar manusia ini akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Jika kita lihat manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya, justeru mereka akan gagal untuk mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan paling digeruni mungkin akan timbul perasaan dendam.

Insan yang sebegini , akan gagal dalam hidupnya. peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu telah banyak golongan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang sering saya dengari : TUGAS CINTA YANG PERTAMA IALAH MENDENGAR. ERTINYA, KEKASIH YANG BAIK IALAH KEKASIH YANG MENDENGAR. MENDENGAR RINTIHAN, KELUHAN, ADUAN DAN RAYUAN PASANGANNYA. justeru dengan suburnya sifat mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita telah memberi telinga,, mata, dan hati kita pada kekasih kita.

Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.

Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: “Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”


Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.

"JANGAN MEMBIARKAN MULUT MENJADIKAN TELINGA KITA MENJADI TULI"

0 ulasan:

Catat Ulasan