2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
5:36 PTG

JUHA...

Dicatat oleh fazafillah

assalamualaikum,,kali ini saya nak lampirkan sedikit kisah tentang JUHA, siapa itu JUHA ? ..dia adalah Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.

kisah Pekikan Jubah

Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.
.
“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha. ***

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maksud sambungan cerita nya?

Catat Ulasan