2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
3:16 PG

Teruskan langkah dengan semangat BARU...

Dicatat oleh fazafillah




Dalam kehidupan ini kita dianugerahkan dengan rasa kegembiraan, kesenangan, keceriaan, dan juga kita mesti merasai kesedihan, kesusahan, kepayahan serta kemurungan..semua ini adalah lumrah kehidupan yang diaturkan buat kita..sentiasalah kita bersedia untk menghadapi rencah kehidupan, itulah dinamakan asam garam..ingatlah bagi yang sudah berusaha dengan sebaiknye tapi masih tidak dapat apa yang diingini jangalah bersedih , segala yang telah diaturkan buat kita semua ada hikmah disebalik kejadian..:)senyumlah ...

Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal,
Ia bermakna saya belum lagi bejaya,
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa,
Ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara.

Kegagalan bukan kerana saya telah diperbodohkan,
Ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru,
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa-apa kejayaan,
Ia bermakna KINI SAYA perlu lakukan sesuatu dengan cara yang lain.

Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercemar,
Ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna,
Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya,
Ia bermakna saya ada alasan untk memulakan KEHIDUPAN BARU.

Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah,
Ia bermakna saya mesti BERUSAHA lebih kuat lagi,
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan berjaya,
Ia bermakna saya perlu banyak BERSABAR,
orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah buat apa-apa....

0 ulasan:

Catat Ulasan