2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
4:24 PTG

KEMBALI LAGI....

Dicatat oleh fazafillah

Kembali terus untuk bersemangat…..

Kembali saya dengan kekuatan..sudah lama membiarkan blog ini dipenuhi usang dan labah-labah…dengan semangat yang kembali pulih, ku gagahkan diri demi mencari satu sinar kekuatan..kuliah akan bermula tak lama lagi, mungkin sejam lagi mungkin 2 jam lagi..saya perlu bangun sendiri untuk menguatkan kekuatan diri..Ya Allah berikanlah kekuatan pada Hambamu ini Ya Allah…..


Sepi dalam hati, teringat bonda jauh di mata teringat ayahnda jauh di mata..terasa tanggungjawab makin hampir..terasa diri ini ingin pulang sahaja kepangkuan mereka, tapi apakan daya ku harus tetap teruskan perjuangan ini..anak yang terakhir diharapkan, sabarlah diri sabarlah hati menuggu tiba masanyer untuk habis dan pulang…Ya Allah berikanlah daku kesabaran , Hamba yang hina ini memerlukan kesabaran dan kekuatan dariMu Ya Allah…


Hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran..ini adalah ujian yang diberikan, untuk saya lebih menyedari untuk saya lebih menilai untuk saya lebih bersyukur untk saya lebih dekatkan diri dengan Sang Pencipta seluruh alam..kekadang insan yang hampir dengan kite mungkin tidak akan dapat fahami isi didalam hanya pada Allah sahaja ku mengadu dan beserah, Dialah Pencipta Yang Agung…


Diri ini janganlah kau membuang masa , jangalah kau berlengah lagi. Kau ada tanggungjawab yang besar, kau ada amanah yang telah diberikan, kau ada tugas yang perlu dilaksanakan..janglah kau membuang masa dengan pekara-pekara yang melalaikan dirimu yang akan melekakan dirimu..sedarlah diri..jangan kau termakan hasutan syaitan yang selalu ingin merosakkan hati-hati anak Adam..berhati-hatilah berjaga-jagalah…hanya dirimu sahaja ,hanya kau sahaja diri yang dapat membantu diri sendiri . ingatlah IBU AYAH adalah yang perlu diutamakan dahulu dr insan yang lain..mereka lebih memerlukan dirimu...fikirlah dan renungkanlah..


Jangan kau mudah untuk melatah..ingatlah ibu dan ayah menanti dirimu…kau adalah anak yang diharapkan, anak yang ditunggu..tak terbalas jasa ibu dan ayah..kau perlu melakukan yang terbaik..kembalikanlah semangat…..Ya Allah kau berikanlah kesihatan yang baik pada ayah dan ibu..Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa mereka…Ya Allah kau peliharalah mereka dengan sebaik-baiknya..Ya Allah…hamba yang kerdil hanya mampu untuk berdoa..Ya A llah..ampunilahlah dosaku dan rahmatilah daku dan kedua ibu bapaku…aminnn…..


BILA LAGI KALAU BUKAN SEKARANG..SIAPA LAGI KALAU BUKAN DIRI SENDIRI..FIKIRLAH DAN RENUNGKANLAH….

0 ulasan:

Catat Ulasan