2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
4:20 PTG
Dicatat oleh fazafillah


“Ya Allah, jadikalah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku.” Amin…

Jadikan Ramadhan sebagai titik tolak (turning point) kepada perubahan positif dalam diri. Untuk melakukan perubahan adalah sesuatu yang sangat sukar dalam kehidupan manusia, apatah lagi kalau sesuatu itu telah sebati dalam diri mereka atau telah lama dilakukan sehingga ianya menjadi budaya bagi dirinya.


Keghairahan di awal Ramadhan sangat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi oleh pelbagai golongan bagi mendirikan solat tarawikh. Hal ini perlu dikekalkan sehingga penghujungnya dan berterusan selepas itu. Namun yang biasa kita lihat semakin hamper ke penghujung Ramadhan, semakin berkuranglah jamaah. Sedangkan diakhir Ramadhan lah dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka.

Persoalannya bagaimanakah untuk istiqamah. Maka empat jalan yang disarankan:

* Lakukan amal ibadah secara sederhana, ringan tetapi berkekalan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan.

* Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadat dan bertaubat dari dosa tersebut.

* Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadhan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir.

* Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan akhir dalam kehidupan kita, maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan