2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
1:39 PG

SOBAH PUNYER CERITA....

Dicatat oleh fazafillah

( sobah )
"Banyak cerita dengan sobah nie...sobah nie orang arab jordan yang panggil,tapi kalo budak mesia kata pemanas yang menggunakan gas..bile sejuk bukak sobah nie...nak jadi cerita pertama kali bukak sobah..terasa pelik kenapalah sobah nie kuat sangat bau gas nyer...biar jelah mungkin memang kot bau gas nyer..lama kelamaan,tetiba masa study,sobah nie boleh terbakar..pucat lesi muke nie...ahli bait semua jadi kalut semacam...takut gas nie meletup...rasa macam boleh hidup ke lagi nie tengok gas terbakar,dengan Kuasa Allah ana pun padamkan api dengan kain tuala yang kecil je..alhamdulilah dapat padam,kalo ikutkan memang susah nak padam sebab bilik tetutup, gas pulak baunyer kuat..dengan Kuasa Allah sekali pukul je dah terpadam..Alhamdullilah mengucap panjang je bile tgok api besar..bukan calang-calang api..tapi api yang kuar dari kepala gas,cuba bayangkan ...Bersyukur sangat kami tak de apa2 yang terjadi..selidik punye selidik kpl gas tak ubuh getah...emmm,patut bau gas kuat sangat sampai boleh terbakar..kecoh jugak dibuatnyer sobah terbakar...kenangan kalut malut ahli2 bait pukul 4pagi masa nak padamkan api......:)...

6:12 PTG

ISU KRISTIAN DIBENAR GUNA NAMA "ALLAH" ??

Dicatat oleh fazafillah

Isu Kristinianisasi bergegar semula di Malaysia.

Tahun 1980an PAS menjuarai isu ini.

Tahun 2010an UMNO cuba menjadi juara isu ini.
Demonstrasi merata-rata bela nama Tuhan (Allah), malangnya Tuhan (Allah) yang mereka pertahankan namaNya, tetapi apa yang Tuhan (Allah) suruh laksanakan mereka tak mahu laksanakan dalam pemerintahan dan perundangan? Ini yang aku pelik. Aku pesan juga kepada pemimpin PAS (temasuk aku) yang memerintah negeri jangan lupa untuk menunaikan perintah Tuhan (Allah) jika tidak, kita akan di lihat ............ "seropaaaaaaa. (Kata Ustaz Harun Memali)". Jika tidak mampu lagi, perkara utama yang mesti dilakukan ialah kesungguhan yang nampak jelas untuk menuju ke arah itu.

UMNO pun sudah melaungkan 'Allah Hu Akbar' yang sebelum ini melaungkan 'Hidup Melayu'. Kepada pemimpin UMNO jika benar-benar ikhlas kepada Tuhan (Allah swt) istiharkanlah Malaysia untuk menggunakan hukum tertingginya Al-Quran iaitu Kitab Suci yang di turunkan oleh Tuhan (Allah) yang kamu pertahankan namaNya.

Janganlah berusaha untuk memenangi hati rakyat Islam, tetapi tidak memenangi hukum Tuhan (Allah) dalam Al-Quran. Kita boleh kecoh manusia selama hidup kita ini tetapi kita tidak boleh kecoh Allah yang Maha Mengetahui dan yang dapat membolak-balikkan hati manusia. Hanya kerana untuk menagih undi rakyat kitapun berpura marah kepada penggunaan nama Allah oleh pihak Krisitian, tetapi hakikatnya kita sendiri tidak yakin dengan apa yang di perintah untuk kita laksanakan di dalam pemerintahan dan perundangan oleh Tuhan (Allah) yang kita pertahankan namaNya,

kerana jika kamu UMNO yakin dengan Tuhan (Allah), sudah tentu kamu lakukan, tetapi kami PAS telah berusaha meletakkan Hukum Tertinggi di negeri yang kami perintah iaitu di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya kamu sudah 52 tahun memerintah masih tidak yakin dengan Hukum Tuhan (Allah), masih yakin dengan Penjajah Bristish. (Apakah British adalah Tuhan kamu juga selain Allah?). Kami PAS tidak dapat laksanakan kerana perlaksanaannya dihalang oleh Kerajaan Pusat yang tidak mahu bekerjasama dalam kes tangkapan oleh Jabatan Polis dan hukuman oleh Jabatan Penjara serta amaran keras oleh Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Janganlah kamu UMNO berpura-pura dengan Tuhan (Allah) hanya untuk meraih kepentingan duniawi yang amat sedikit.

Kepada pemuda pemudiku, perkuatkan aqidahmu, perkuatkan hujjah mu... jadilah kamu Ahmad Deedat untuk melawan dakyah Kristian itu, jangan takut jika kita dipihak yang benar. Ketakutan kerana kita bodoh dan akan mudah terseleweng, bukan dengan menghalang orang lain tetapi dengan menjadikan kita dan anak-anak umat Islam bergeliga otaknya, keperibadian diri yang murni, kehebatan disegi ketamadunan, dalam menghadapi cabaran yang semakin mencabar.

Yang penting dan paling utama, ikhlaslah sebenar-benarnya kita kepada Allah yang kita mengaku dengan 99 namaNya itu, janganlah kita bertuhankan Manusia.

(arisawang.blogspot.com)

8:26 PTG

Kawal kemarahanMU wahai pejuang

Dicatat oleh fazafillah



Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!

Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita.

Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

9:04 PTG

apa dan apa.........

Dicatat oleh fazafillah

بسم الله الرحمن الرحيم ....

Apa itu erti kehidupan...kekadang terfikir apa tujuan kehidupan ini...apa yang perlu dicapai..apa yang perlu dilakukan..apa dan apa....seringkali dibenak fikiran memikirkan tentang diri..tentang kehidupan..tentang teman-teman disekeliling..tentang keluarga ..tentang masyarakat...dan sebagainyer...kekadang hati ini mengeluh memikirkan cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi...dalam diri jadi futur bile memikirkan ujian yang menguji keimanan....muhasabbah balik..setiap dugaan yang menimpa kita adalah ujian daripada Allah,hendak menguji sejauh mana ketabahan hambaNya dalam mengharungi liku-liku kehidupan...sentiasa diri ini mengingati disebalik kesusahan itu ada hikmah yang tidak dapat diliihat dengan pancaindera...Ia cuma dapat dilihat sekiranyer diri dekat dengan TUHAN...melalui Allah segala masalah dapat diselesaikan,sebanyak mana ujian Allah hanyalah tak lain dan tak bukan hanya untk mendekatkan diriNya dengan hambaNya...

sepertimana Firman Allah: Aku tidak membebani hambaku melainkan untuk mendekatkan dirinya kepadaKu....

Apa yang penting setiap ujian yang Allah bagi itu perlu bersabar sepertimana kata-kata Saidina Ali : SABAR adalah punce selesaikan masalah...

bila dengar je lagu kat unic nie rassa macam bertambah semangat je lagi....

semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mercalar ketabahan
mimpi yang sering kuharapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian

Allah ingin kuhentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untuku bertahan
semangat tenggelam lemah daya
haruskah aku mengalah
namun jiwa ku berbisik
inilah DUGAAN....

dan mataku kini terbuka
pada hikmah dugaan menguji keimanan
diluar kekuatan setiap diri insan

Allah pimpinlah diriku
untuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati
dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata....

PadaMu ku MEMINTA....

inilah sedikit sebanyak lirik lagu unic...Ya Allah kuatkan ketabahanku dalam mengharungi liku-liku kehidupan ingin mencapai redhoMu Ya ALLAH....

1:31 PG

BERSUARA ATAUPUN DIAM

Dicatat oleh fazafillah

Bersyukur kehadrat Ilahi,dapat jua melangkar satu topik tentang bersuara atau diam...

Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.


Penerangan Hadis:

Mengenal Manusia

Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalau pun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.

Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.

Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sukar bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.

Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)


Tujuan Hidup

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)

Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan. ...

bagaimana peranan kita....????jadi bila ingin mengatakan sesuatu hendaklah kita menggunakan akal dengan secara profesional..jangan berkata-kata mengikut emosi dan hawa nafsu kite sendiri..

jadi fikir-fikirkanlah....