2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
8:53 PTG

Andai itu CINTA..

Dicatat oleh fazafillah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lakaran hati penuh dengan makna yang mendalam penuh dengan cerita yang tersurat dan tersirat.Seringkali kita mendengar tentang Cinta..cinta remaja masih ramai yang terumbang ambing, pelbagai masalah yang timbul setiap hari semua gara-gara kerana dogma cinta buta..Ingatlah dan sering ingat pada diri ini..dengan cinta semata-mata kita tidak akan mampu untuk mempertahankan keharmonian hubungan di antara uda dan dara di alam pertunangan adalah satu janji untuk mendirikan alam perkahwinan.

Perkahwinan diawali dan disemati dengan cinta tanggungjawab mampu menyempurnakan cinta. Bila cinta itu terisi dengan cinta tanggungjawab adalah akar tunjang yang paling utuh untuk kekal selamanya.

Suka saya untuk mengingatkan pada diri saya sendiri dan para kalian sekalian pergaulan yang bebas di awal perhubungan akan dapat mematikan rasa tanggungjawab selepas di alam perkahwinan.Dan ingatlah jika kita melakukan samalah erti kita mencari kemurkaan,walaupun niat yang inginkan mendapat keredhaan Ilahi..

Semua hal ini kita sering mengerti dan memahami tentang erti cinta yang sebenar..dan pilihan adalah pada diri kita sendiri dan ada dihujung jari kita untuk memilih..hendak mencari murka manusia hanya meninggalkan cinta dosa atau terus menerus berada dalam kemurkaan ilahi kerana ingin mencari kasih cinta pada yang belum dihalalkan lagi.

Di luar sana kita sedia maklum ramai manusia yang kehilangan permata hati yang disayangi..masa yang seharusnya kita isi dan hiasi dengan kesenangan, kebahagian, namun terpalit dengan kedukaan juga kesedihan kerana mengagungkan cinta manusia lebih dari cinta Ilahi. Kita adalah diri kita sendiri berubahlah untuk menemui cinta yang dijanjikan Ilahi, cinta itu pasti dan mesti ada untuk diri kita sendiri dan pada setiap umatNya..

Pepatah arab ada mengatakan, berada di dalam kesenangan tanpa muhasabah lebih sulit daripada berada dalam kesusahan menahan himpitan hidup berbentuk material keluarga dan hutang..

قالَ رَسُولُ الله : اِنَّ اللهَ اِذَا أحَبَّ قوْمًا ابْتلاهمْ فمَنْ رَضِيَ فلهُ الرِّضَا ومَنْ سُخِط فلَهُ السُّخُط
Nabi s.a.w bersabda: “Bahawasa Allah bilamana mengasihi sesuatu kaum akan ditimpakan ujian ke atas mereka. Barang sesiapa redha (akan ujian) maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa benci (putus asa) maka baginya jua kebencian Allah (daripada memandang)” (al-Hadith

Berubahlah kita …masanya akan tiba suatu hari nanti yang dijanjikan..
Dan benarlah kata sebahagian yang mengatakan cinta manusia bagaikan api…cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan..tapi, kita tidak akan pernah untuk mengetahui sama ada cinta api itu akan menghangatkan atau menghaguskan hati pemilik cinta itu sendiri..

Ingatlah memberikan seluruh cinta kalian semua kepada seseorang bukanlah jaminan dia akn membalas cinta kalian. Memberi sepenuh jiwa dan raga..Tapi mestilah kita bahagiakan hati kita dengan hanya cinta KEPADANYA..Dimana Mengagungkan cinta dan mengotakan janji setia itu mudah tapi untuk kita mengotakan janji setia dan cinta itu susah…maka janganlah bila kita sudah menberi cinta dan janji setia jangalah kita khianati..ingatlah juga hati insan yang merasai akan hancur dan terasa parah dan perit menanggung kesakitan hati..

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, dan terus meninggalkan dia jika tidak mampu untuk mengakhirinya dengan ikatan. Mendengar adalah proses belajar paling berkesan ketika ini, usahlah mengkritik kerana hanya ingin menghalalkan perbuatan kalian.
Percayalah pada pilihan (takdir) Allah Taala, pilihan paling bijak pada surat cinta seperti terkandung isi tersurat mahupun tersirat di lembaran Kalam suci Ilahi. Insya-Allah terbaik buat hamba-Nya yang berakal.

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu...” al-Baqarah (2:216)

Cinta..Fitrah bagi semua insan, adanya cinta terakhir dan adanya cinta pertama..cinta sesama insan mungkinkah terputus di tengah jalan, mungkinkah terlerai tanpa ikatan, mungkin jua akan berbeza haluan..berakhirlah cinta pertama dan terakhir..Tapi Ingatlah CINTA ILAHI…Adalah cinta yang Agung, Tiada cinta terputus di tengah jalan, tiada cinta terlerai tanpa ikatan ..Cinta Hakiki yang kekal selamanya itulah yang perlu didambakan..

Sebut tentang cinta..cinta ini memang hebat, andai jika cinta yang dilayar dapat dimainkan oleh perasaan, maka hati-hatilah cinta kita belum benar-benar cinta kerana apa?...Kita bukan cintakannya tetapi kita hanya sekadar cinta pada hartanya, cinta pada kecantikkan yang tidak kekal lama, masakan mula akan pudar dan suram samalah juga dengan harta tidak akan kekal selamanya..dan yang paling penting hingga ke suatu masa sahaja Allah bukan sahaja menguji cinta yang kalian bina tetapi menguji cinta kalian kepada Pencipta Cinta yang Hakiki.

Kita memberi cinta untuk dicintai, penuhilah cinta Allah untuk dicintai-Nya, Memberi bukan sahaja pada harta masa atau tenaga, namun pada Ilmu yang boleh menteteramkan jiwa.. Kejujuran itu Kekasih Allah..


Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya membakar. Usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan cita-cita. Tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya lebih banyak dari manfaat.

Bila memenuhi taman bunga, bunga akan mekar harum mewangi, bila membasahi aliran sungai, sungai akan mengalir manja. Inilah anugerah Ilahi, dikurniakan pada kelembutan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekerasan.

Air mata yang meratapi kesedihan ditinggalkan kekasih, belum memadai untuk memadam amarah api neraka membakar. Air mata adalah modal kalian, modal bagi orang-orang mukmin sebagai tukaran dengan syafaat Tuhan. Belailah ia, usahlah dinodai.

Kecintaan kepada Allah adalah kecintaan yang hakiki dan segala-galanya. Andai dicampakkan rasa cinta ke dalam hati untuk mencintai manusia sekalipun kecintaan kepada Allah adalah sandarannya. Maka apabila manusia itu mengecewakan cinta kita, kita masih punya cinta Allah yang agung. Janganlah kita berputus asa, sesungguhnya Allah akan menganugerahkan cinta kepada hamba yang Dia cintai dengan memberikan insan yang terbaik untuk agama kita, kehidupan dunia dan akhirat, selagi mana kita tidak berputus asa untuk menyerah dan mencintai Allah.

Mujahadah memang pahit tapi ingatlah nikmat syurga itu amat manis. Biar sakit sekarang tp bahagia d hujungnya.

11:42 PTG

Minggu Imtihan semakin memuncak

Dicatat oleh fazafillah



Berusaha selagi boleh.orang yang berjaya dengan kesungguhan dan usaha yang dilakukan..itulah yang tersemat di dalam diriku ini..sudah masuk minggu yang ke 2 imtihan awal bermula..

Selepas study rehatkan minda dengan melihat curi-curi pandang blog,rasa sudah lama tak updatekan blog nie, kesuntukan masa untuk membaca kitab2 yang melonggarkan hubunganku dengan blog dua lakaran 1 hati,walaupun masih awal blog yang kulakarkan bersama faza...imtihan kali nie membawa satu pengajaran pada diriku..

Kali ini sudah tersemat dalam hati, Bila mengulangkaji bacalah dari muqaddimah kitab, janganlah ambil sambil lewa sahaja dengan muqaddimah kitab, 1 madah yang tak dijangka soalannyer rasa terkilan sebab tak dapat nak sempurnakan jawapan walaupun soalannyer senang dan tak susah mana..inilah salah satu onak duri dalam pembelajaran bagiku..

3 baki madah lagi yang belum masuk ke dalam perang jihad.." Ya Allah permudahkanlah urusanku ini, Ya ALlah lapangkanlah dadaku ini, cekalkan dan tabahkanlah hatiku dalam menempuh segala mehnah yang datang "...

5:02 PTG

Tanda takut seseorang kepada Allah

Dicatat oleh fazafillah



1.Tampak dalam ucapannya;
Dia tidak berkata berlebihan,
tidak membicarakan aib orang,
menahan ucapannya daripada dusta.
Menyibukkan lidahnya dengan zikrullah.
mengaji al-Quran dan mempelajari ilmu.

2.Dia sangat takut dengan apa yang di masukkan ke dalam perutnya,
kecuali yang halal dan tidak berlebihan.

3.Dia sangat menjaga pandangan matanya.
Mengelakkan pandangan yang haram dan tidak terpesona dengan dunia.
Melihat sekadar mengambil iktibar.

4.Dia sangat menjaga tangannya.
Tidak menghulurkan tangan untuk yang haram kecuali untuk perkara ketaatan
kepada Allah.

5.Dia sangat takut dan menjaga kakinya.
maka dia tidak berjalan mengarah kepada kederhakaan kepada Allah Ta'ala.

6.Dia sangat menjaga hatinya.
menjauhi rasa permusuhan, dengki dan marah terhadap orang lain.
Hatinya dilimpahi kata-kata hikmah dan kasih sayang kepada kaum muslimin.

7.Dia selalu bimbang terhadap ketaatannya kepada Allah.
Dia menjaga ketaatannya agar sentiasa ikhlas.
Takut menjadi riak dan nifaq (hipokrit).



Tanda takut seseorang kepada Allah,
menurut Abdul Laits(seorang ahli fikih)

6:15 PG

Alam JIN

Dicatat oleh fazafillah

Kuasa jin dan kuasa Manusia..........

Sahabat-sahabat sekalian pernahkah kita mengetahui tentang dimananya terletaknya alam jin ini, sering kita berkata-kata tentang perihal jin ini, pada minggu ini suka lah saya untuk membincangkan bukan membincangkan tapi ingin menceritakan tentang alam jin serba sedikit..Kita mestilah mengetahui bahawa Jin mempunyai kuasa keatas sesuatu seperti manusia, bezanya mereka boleh bergerak dengan cepat dan berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain...

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

39. Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

40. Berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!" setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah"....(Surah AN-naml :39-40)

Kerana mereka (jin) mencuri perkhabaran langit untuk mengetahui sesuatu berita sebelum berlaku, tetapi semua ini teLah Dihalang sesudah diutuskan Nabi Muhammad s.a.w..

Jin dan hakikat kewujudannya, jin adalah kata pecah dari ijtinan, kerana mereka terlindung daripada pandangan manusia.selain dari itu juga jin adalah alam yang lain daripada alam manusia dan alam malaikat.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

27. Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

8:11 PG

Penawar Hati

Dicatat oleh fazafillah



Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

11:05 PTG

sukar lelapku

Dicatat oleh fazafillah


jam menunjukkan pkul 11 malam.kelopak mata ini sudah mula terasa berat..berat..berat..tandanya dah mengantuk sangat-sangat,agak pelik jugak,kalau hari lain pkul 11 ini bukanlah waktu tidur,waktu ini biasanya ana masih mengadap skrin komputer untuk melihat manusia berlari-lari diatas satu kawasan yang luas..? pro evolution soccer and fifa10 ;).sememangnya badan terasa letih.
tapi sebelum tu.rasa cemburu pula bile tengok blog ni hanya digerakkan oleh "seseorang"..

maklumlah selepas menghadiri bengkel penulisan,ayat terus berbunga-bunga...ana nak paste sesuatu yg ada kaitan dgn kisah tido ni tetapi ia berlawanan keadaan,iaitu sukar lelap

tergambar keayuan wajah sang puteri,
sempurna dari pandangan mata
tenang damai pabila melihatnya
berjalan bertemankan bunga-bunga yang mekar di taman,
tunduk tawaddu' perlahan langkahnya
sambil memeluk erat didada senaskah kitab teragung.

ketika bayu lembut dirasai
berkibar alunan tudung serta jubahnya
sambil menghulurkan senyuman kemesraan
senyuman yang menghidupkan kebahagiaan
senyuman yang mampu mengubat duka

baik budi bicara dan lembut tutur katanya
kata-katanya yang berhikmah dari hati yang tulus suci
kesopanan tingkah laku dijaga
uswatul hasanah jadi ikutannya,

keringat mu dihargai
walaupun tugas membebankan
di majlis ilmu kau bekerjaya
di masjid yang dibina kau berjaya

bukanlah dirimu dari kalangan hartawan
cukup sekadar penuhi keperluan
ingin sesekali berlebihan
tapi bukanlah satu pembaziran

wang bukan segalanya
didambakan kasih dan sayang
kebahagian mahligai yang dibina
pimpinan menuju ke syurga firdausi

tanggungjawab kepada al-amin tidak diabaikan
bijaksana memilih kepimpinan islam
darah dagingmu turut serta bersama
menegak yang hak meninggal yang bathil

terbayang dirimu sang puteri impian
dikala sukarku lelapkan mata

5:32 PG

Saat ini...Hari ini....

Dicatat oleh fazafillah

Termenung daku sendirian...kesejukkan malam yang menyelubungi diri semakin pekat dirasai, terasa ingin sahaja berlari-lari meredah kabus yang merentangi permukaan bumi..permulaan ku bermula dengan mencari sesuatu yang ingin ditulis ..terasa ingin seperti mereka yang ralit dengan kata-kata yang indah, kata-kata yang menusuk kalbu, kata-kata yang pemberi semangat, kata-kata yang membawa kepada kebaikan...tapi diri ini boleh kah menjadi seperti mereka?..

permulaan hanya dengan isi yg kosong makin hari makin bertambah..saat ini bila satu cahaya yang di anugerahkan, maka aku akan bermula karya di alam maya adalah kerana ingin menyampaikan sesuatu...yang penting aku mahu ke tidak?persoalannya...jawapannya adalah aku mahu teruskan.....

Jika kamu berada di pagi hari yang cukup baik sekali, janganlah kamu menunggu senja yang akan tenggelam di malam hari....

Hari inilah yang akan anda jalani, menempuh segala kebaikan dan keburukkan dan juga bukan untuk esok hari..tapi...

Hari yang matahari yang menyinari anda dan siangnya menyapa anda...Inilah hari anda.....

6:41 PTG
Dicatat oleh fazafillah





diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.
Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.
Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”
Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

6:58 PTG

12 Rabiu Awal...Tahun Gajah..menjelang lagi..

Dicatat oleh fazafillah


Laksana purnama dimalam gelap gelita, .Berita gembira seorang Nabi terakhir dilahirkan pada Tahun Gajah, hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal...Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahdanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib Yang kemudian disusukan kepada seorang perempuan dari puak Bani Sa'd Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib.

Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa'd ketika itu mengalami kemarau yang teruk, Sesampai sahaja baginda ke rumah Halimah dan menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai menghijau ladanng ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dari ladang ternakan kelihatan riang dan ucang-ucang susunya penuh dengan susu...

Kesemuanya ini menunjukkan kedudukan martabat Rasulullah semasa baginda masih bayi lagi.perjalanan kehidupan Rasulullah sama-samalah kita menghayati sirah Nabawiyyah...
Kekasih Allah, Nabi akhir zaman pembawa rahmat sekalian alam,pemimpin umat, pembela agama,sebagai ikutan umat di akhir zaman, sebagai pejuang cekalnya hati Baginda..tidak terbalas segala jasamu Ya Rasulullah..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

*FIQH SIRAH ( MUHAMMAD SA'ID RAMADHAN AL-BUTI)