2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
8:53 PTG

Andai itu CINTA..

Dicatat oleh fazafillah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lakaran hati penuh dengan makna yang mendalam penuh dengan cerita yang tersurat dan tersirat.Seringkali kita mendengar tentang Cinta..cinta remaja masih ramai yang terumbang ambing, pelbagai masalah yang timbul setiap hari semua gara-gara kerana dogma cinta buta..Ingatlah dan sering ingat pada diri ini..dengan cinta semata-mata kita tidak akan mampu untuk mempertahankan keharmonian hubungan di antara uda dan dara di alam pertunangan adalah satu janji untuk mendirikan alam perkahwinan.

Perkahwinan diawali dan disemati dengan cinta tanggungjawab mampu menyempurnakan cinta. Bila cinta itu terisi dengan cinta tanggungjawab adalah akar tunjang yang paling utuh untuk kekal selamanya.

Suka saya untuk mengingatkan pada diri saya sendiri dan para kalian sekalian pergaulan yang bebas di awal perhubungan akan dapat mematikan rasa tanggungjawab selepas di alam perkahwinan.Dan ingatlah jika kita melakukan samalah erti kita mencari kemurkaan,walaupun niat yang inginkan mendapat keredhaan Ilahi..

Semua hal ini kita sering mengerti dan memahami tentang erti cinta yang sebenar..dan pilihan adalah pada diri kita sendiri dan ada dihujung jari kita untuk memilih..hendak mencari murka manusia hanya meninggalkan cinta dosa atau terus menerus berada dalam kemurkaan ilahi kerana ingin mencari kasih cinta pada yang belum dihalalkan lagi.

Di luar sana kita sedia maklum ramai manusia yang kehilangan permata hati yang disayangi..masa yang seharusnya kita isi dan hiasi dengan kesenangan, kebahagian, namun terpalit dengan kedukaan juga kesedihan kerana mengagungkan cinta manusia lebih dari cinta Ilahi. Kita adalah diri kita sendiri berubahlah untuk menemui cinta yang dijanjikan Ilahi, cinta itu pasti dan mesti ada untuk diri kita sendiri dan pada setiap umatNya..

Pepatah arab ada mengatakan, berada di dalam kesenangan tanpa muhasabah lebih sulit daripada berada dalam kesusahan menahan himpitan hidup berbentuk material keluarga dan hutang..

قالَ رَسُولُ الله : اِنَّ اللهَ اِذَا أحَبَّ قوْمًا ابْتلاهمْ فمَنْ رَضِيَ فلهُ الرِّضَا ومَنْ سُخِط فلَهُ السُّخُط
Nabi s.a.w bersabda: “Bahawasa Allah bilamana mengasihi sesuatu kaum akan ditimpakan ujian ke atas mereka. Barang sesiapa redha (akan ujian) maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa benci (putus asa) maka baginya jua kebencian Allah (daripada memandang)” (al-Hadith

Berubahlah kita …masanya akan tiba suatu hari nanti yang dijanjikan..
Dan benarlah kata sebahagian yang mengatakan cinta manusia bagaikan api…cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan..tapi, kita tidak akan pernah untuk mengetahui sama ada cinta api itu akan menghangatkan atau menghaguskan hati pemilik cinta itu sendiri..

Ingatlah memberikan seluruh cinta kalian semua kepada seseorang bukanlah jaminan dia akn membalas cinta kalian. Memberi sepenuh jiwa dan raga..Tapi mestilah kita bahagiakan hati kita dengan hanya cinta KEPADANYA..Dimana Mengagungkan cinta dan mengotakan janji setia itu mudah tapi untuk kita mengotakan janji setia dan cinta itu susah…maka janganlah bila kita sudah menberi cinta dan janji setia jangalah kita khianati..ingatlah juga hati insan yang merasai akan hancur dan terasa parah dan perit menanggung kesakitan hati..

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, dan terus meninggalkan dia jika tidak mampu untuk mengakhirinya dengan ikatan. Mendengar adalah proses belajar paling berkesan ketika ini, usahlah mengkritik kerana hanya ingin menghalalkan perbuatan kalian.
Percayalah pada pilihan (takdir) Allah Taala, pilihan paling bijak pada surat cinta seperti terkandung isi tersurat mahupun tersirat di lembaran Kalam suci Ilahi. Insya-Allah terbaik buat hamba-Nya yang berakal.

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu...” al-Baqarah (2:216)

Cinta..Fitrah bagi semua insan, adanya cinta terakhir dan adanya cinta pertama..cinta sesama insan mungkinkah terputus di tengah jalan, mungkinkah terlerai tanpa ikatan, mungkin jua akan berbeza haluan..berakhirlah cinta pertama dan terakhir..Tapi Ingatlah CINTA ILAHI…Adalah cinta yang Agung, Tiada cinta terputus di tengah jalan, tiada cinta terlerai tanpa ikatan ..Cinta Hakiki yang kekal selamanya itulah yang perlu didambakan..

Sebut tentang cinta..cinta ini memang hebat, andai jika cinta yang dilayar dapat dimainkan oleh perasaan, maka hati-hatilah cinta kita belum benar-benar cinta kerana apa?...Kita bukan cintakannya tetapi kita hanya sekadar cinta pada hartanya, cinta pada kecantikkan yang tidak kekal lama, masakan mula akan pudar dan suram samalah juga dengan harta tidak akan kekal selamanya..dan yang paling penting hingga ke suatu masa sahaja Allah bukan sahaja menguji cinta yang kalian bina tetapi menguji cinta kalian kepada Pencipta Cinta yang Hakiki.

Kita memberi cinta untuk dicintai, penuhilah cinta Allah untuk dicintai-Nya, Memberi bukan sahaja pada harta masa atau tenaga, namun pada Ilmu yang boleh menteteramkan jiwa.. Kejujuran itu Kekasih Allah..


Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya membakar. Usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan cita-cita. Tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya lebih banyak dari manfaat.

Bila memenuhi taman bunga, bunga akan mekar harum mewangi, bila membasahi aliran sungai, sungai akan mengalir manja. Inilah anugerah Ilahi, dikurniakan pada kelembutan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekerasan.

Air mata yang meratapi kesedihan ditinggalkan kekasih, belum memadai untuk memadam amarah api neraka membakar. Air mata adalah modal kalian, modal bagi orang-orang mukmin sebagai tukaran dengan syafaat Tuhan. Belailah ia, usahlah dinodai.

Kecintaan kepada Allah adalah kecintaan yang hakiki dan segala-galanya. Andai dicampakkan rasa cinta ke dalam hati untuk mencintai manusia sekalipun kecintaan kepada Allah adalah sandarannya. Maka apabila manusia itu mengecewakan cinta kita, kita masih punya cinta Allah yang agung. Janganlah kita berputus asa, sesungguhnya Allah akan menganugerahkan cinta kepada hamba yang Dia cintai dengan memberikan insan yang terbaik untuk agama kita, kehidupan dunia dan akhirat, selagi mana kita tidak berputus asa untuk menyerah dan mencintai Allah.

Mujahadah memang pahit tapi ingatlah nikmat syurga itu amat manis. Biar sakit sekarang tp bahagia d hujungnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan