2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
5:36 PTG

Lelaki Acuan Al-Quran Lelaki Idaman

Dicatat oleh fazafillah

Lelaki Acuan Al Quran Lelaki idaman..

Adalah seorang lelaki yang beriman , yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah, yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, yang sentiasa haus dengan ilmu, yang sentiasa dahaga akan pahala, yang solatnya adalah maruah dirinya, yang tidak pernah takut untuk berkata benar, yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah..

Lelaki Acuan Al Quran..

Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang jembalang..

Lelaki Acuan Al Quran..

Adalah lelaki yang menghormati ibunya, yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

Lelaki Acuan Al Quran..

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam, yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah, yang boleh diajak berbincang dan berbicara, yang menjaga matanya daripada berbelanja, yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..

Lelaki Acuan Al Quran..

Tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

Lelaki Acuan Al Quran..

Sentiasa mengingati mati, yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..

Lelaki Acuan Al Quran..

Adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga, Di situlah rumah idamannya..

Wahai Syabab harapan Islam ! ayuh berusaha menjadi lelaki acuan Al Quran. moga Allah redha

sumber : ilmi-islam.com

0 ulasan:

Catat Ulasan