2 Lakaran 1 Hati

(الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر) “ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

salam
....Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu.......
....tika langit dunia runtuh,moga Allah teguhkan akidahmu..
....Tika datang kesusahan,moga Allah kuatkan hatimu.......
6:55 PTG

Hargailah Ia.....

Dicatat oleh fazafillah

Emmm....panjang emmm kali nie,..anda pernah ada sahabat tak?bagaimana sahabat anda?siapa sahabat anda?adakah sahabat seperti kawan?adakah sahabat anda talam dua muka?adakah sahabat anda jenis kawan makan kawan?adakah sahabat anda pentingkan diri sendiri dan adakah sahabat anda hanya berharap pada anda bila susah sahaja...bila susah baru cari bila senang ditinggalkan...emmm, kalau macam tuelah bagi saya,itu bukan sahabat namanya...

Dan adakah sahabat anda juga yang jenis depan manis mulut berbicara, belakang anda mulut busuk betul berbicara..ish...ish...dan anda pernah tak ada sahabat yang suka menceritakan hal orang lain pada anda( BZB)...mungkin pernah kan...bagi sayalah, kalau sahabat yang sebegitu, tak mustahil kite sendiri pun die pernah lakukan ...anda sanggup ke ada sahabat yang sebegiu..mesti tak nak kan...kalau begitu, itu bukannyer nama sahabat..dan setengah pulak, bile kita dah bersahabat dengan seseorang, mula lah ada yang (PHD)ish..ishh..xtahulah nak saya katakan macam mana,pantang tengok orang lain bahagia ke ceria ke happy ke, cubalah untuk kite tumpang tersenyum bila melihat kawan kite hari-harinya ceria..janganlah pulak kite jadi (MT).

susahkan kita nak jumpa sahabat yang betul-betul dinamakan sahabat, memang susah jugak bagi saya,ramai kawan boleh, nak cari yang betul-betul boleh kita percaya,emmm susahkan..

"Persahabatan adalah satu perjanjian, susah dan senang adalah diperlukan, bukan untuk dibalas...Kerinduan hanya datang setelah kita kehilangan seseorang yang kita sayang.Jadi hargailah apa yang kita sayang dan kita perolehi.

Kadangkala kita menyedari betapa kita menyayangi seseorang disaat kita kehilangan, Kadangkala kita rasa kita perlukannya disaat kita kesunyian, Kadangkala kita rasa hidup ini tidak bermakna lagi andai dia tiada di sisi...Dan kadangkala kita rasa,masa yang berlalu adalah sia-sia andai kita tidak berada disisinya".

Teringat saya pada bait kata-kata hikmah yang sering juga saya terbaca..

"Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,...Masakan Dia sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Dia tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu...Tapi mungkin itulah yang Dia mahu, kerana dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk didekati dan akrab dengannya..."

0 ulasan:

Catat Ulasan